Monday, July 6, 2009

Tanda Arah di Laluan Masuk Utama

Laluan Pintu Masuk Utama dilengkapi papan tanda arah lokasi bilik - bilik yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Senibai.

Tuesday, June 9, 2009

Bangunan Pentadbiran

Bangunan pentadbiran terletak di bahagian atas bukit kawasan sekolah. Di hadapan bangunan pentadbiran terhias indah taman buatan yang menjadi pandangan pertama pelawat apabila mula memasuki kawasan pintu pagar sekolah. Kepada pelawat yang ingin datang ke Sekolah Kebangsaan Senibai, warga sekolah mengalu - alukan kehadiran tuan - tuan dan puan - puan.

Laluan Utama

Laluan Utama masuk ke Sekolah Kebangsaan Senibai dihiasi dengan keindahan lanskap yang menarik. Berlatar belakang hutan semulajadi dan keindahan kampung Orang Asli yang berhampiran dengan kawasan sekolah secara lansung menjadi daya penarik sekolah ini. Sesungguhnya, bagi mereka yang kali pertama datang ke Sekolah Kebangsaan Senibai pasti teruja melihat akan keindahannya.

Astaka

Astaka sekolah telah dibina pada tahun 2007 berhampiran dengan bangunan Asrama Puteri. Perhimpunan rasmi sekolah iaitu pada setiap pagi Isnin berlangsung di astaka ini. Astaka yang berbumbung Minangkabau ini sebagai pelengkap keindahan prasarana Sekolah Kebangsaan Senibai.

Friday, June 5, 2009

Bangunan Asrama Putera dan Puteri



Asrama Putera dan Asrama Puteri dibina pada tahun 2001 dengan kos pembinaan berjumlah RM1.9 juta. Asrama Putera dan Puteri boleh menampung seramai 170 hingga 200 orang penghuni asrama. Bangunan ini juga menempatkan sebuah dewan makan, sebuah Dewan Seri Harmoni, pejabat asrama dan sebuah perpustakaan mini. Asrama SK Senibai telah dinobatkan sebagai Asrama Terbilang Peringkat Negeri kategori sekolah rendah pada tahun 2006 dan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat Kebangsaan.

Thursday, June 4, 2009

Pandangan Sekolah Dari Bangunan Pusat Sumber

Bangunan Sekolah Kebangsaan Senibai dibina pada tahun 2002 dengan kos pembinaan RM3.5 juta. Tiga blok bangunan telah dibina terdiri dari bangunan pentadbiran iaitu blok A yang menempatkan pejabat, bilik gerakan, bilik SALC, makmal komputer, bilik akses, perpustakaan dan bilik tayang. Blok B menempatkan bilik kemahiran hidup, bilik muzik dan bilik darjah. Blok C pula menempatkan bilik - bilik darjah, bilik guru, bilik rawatan, makmal sains, surau dan kantin. Sekolah ini telah dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan Katagori Sekolah Asli 2008.